Saturday, May 7, 2011

Hospital ke tujuh?

Semalam 6Hb Mei 2011,si isteri dibawa pg hospital Putrajaya,dalam (10minit atau 5.4km dari rumah)disebabkan tarikh due yang dah lebih (sepatutnya 3hbMei)dan juga atas nasihat kawan iaitu Dahari Ineng keja kat PPUKM supaya terus bawak pg hospital sebab ada tanda2 nk bersalin.Sampai2 hospital.ruang menunggu untuk dewan bersalin ramai orang.rupanya wad bersalin penuh.Yang dah bersalin pukul 3 pagi tadi pun belum dipindahkan ke wad disebabkan 'tiada katil'.skrang dah pukul 4 petang.Jadi si isteri pun dicadangkan oleh doktor yang bertugas supaya dihantar ke hospital yang terdekat.

Telefon punya telefon,semua wad bersalin area terdekat dah penuh.Hospital Serdang (14.3km),Hospital Kajang (14.7km),Hospital Kuala Lumpur (42.1km),PPUM (16.8km),PPUKM (26.3km) sumanya penuh.Dari pagi tadi,semua ibu-ibu yang mengandung sumanya dihantar ke hospital2 terdekat.termasuklah hospital ampang dan lain2.

cuma yang ada.Hospital Sungai Buloh,(57.9km dari rumah..apa lagi,aku terus packing barang2 terus pecut hospital ni sementara bini aku naik ambulan ke Hospital Sungai Buloh.


Terima kasih diatas layanan baik kakitangan dewan bersalin hospital putrajaya walaupun bilangan pesakit yang tersangat ramai ketika ini.


Dengan masuknya ke Hospital Sungai Buloh maka dengan rasminya ia adalah hospital ke 7 dalam masa 9 bulan ni.Alhamdullilah,bila lagi nak melawat ke hospital2 kalau bukan sekarang.
1 Hospital Jasin,Melaka
2 Hospital Kajang,Selangor
3 Hospital Sultanah Aminah,Johor
4 Hospital Sultan Ismail,Johor
5 Hospital Kulai,Johor
6 Hospital Putrajaya,Putrajaya
7 Hospital Sungai Buloh,Selangor

Semoga mereka berdua selamat..amin.

No comments:

Post a Comment