Wednesday, April 18, 2012

TERAPI RENANG BUAT BEBUDAK

Terapi renang dah berjalan dgn lancar 4 ngan 18hb april2012 kat presint 6,putrajaya.Walaupun dengan pelbagai rintangan dan cabaran,akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.harap memberi pelbagai kebaikan kepada semua yang terlibat.


Diantara faedah yang diperolehi daripada terapi renang untuk murid-murid PPKI ialah:

1. Pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima rangsangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisme khususnya.
2. perkembangan koordinasi otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan mereka bergerak dalam air.
3. Meningkatkan sistem kognitif. Kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa.Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya menselarikan keseimbangan gerakan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadaan “stabil”.


Kesimpulannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata.Ia merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya

Friday, April 6, 2012

LEPAK-LEPAK IKEA



RUMAH KEDUA KAMI_IKEA

Nak tumpang tukar pampers ye...tq.

PENGUNJUNG PALING MUDA

Bertempat kt PWTC,pameran pendidikan dan kerjaya anjuran MARA.




SEMUANYA DAH KENA AMBIK.

Kat sogo ada tempat lepak untuk bebudak.tingkat 4 kalau xsilap.area baju dan mainan bebudak..diaorg ada sediakan tempat untuk nyusukn atau tukakn pampers baby skali.tapi,tempat ni dah bertukar jd tmpt kaum adam merehatkan diri(tdo smbil jg anak) sementara menunggu bini-bini diaorg abis shopping.

JOM TENGOK KARTUN BERSAMA-SAMA

Aqeela dah masuk 11 bulan,bulan 4 2012..Hobi baru aqeela tengok kartun di awal pagi.dah 2kali bgn pukul 4 pagi.ada skali 6 lebih dah bgn.nk smbyg subuh kot..hahahaha..layan jugak la sekejap tgk kartun.setengah jam kemudian br tido balik.bgn pun sebab nk nyusu ataupun berak sebenarnya..sementara nk tggu mengantuk,layan kartun kejap.

BELON UDARA PANAS

Biasanya boleh tengok di negara sejuk sebab belon udara panas ni udaranya mestilah sejuk baru belon boleh naik.disebabkan itu,bila diaorg buat kat Festival Belon Udara Panas kat Putrajaya,awal pagi ngan lewat petang je boleh terbang sebab suhu xbrapa nak panas..org??tersangat lah ramai terutamanya last day ari ahad.time aku dtg ada belon bentuk biasa berbanding hari sebelumnya ada bentuk kek dan kartun.







MENUAI HASIL DIBAWAH MENTARI

6,7 dan 8 Mac 2012,kejohanan olahraga PPKI daerah sepang di stadium BBST.tahun ini pencapaian lebih baik dari tahun lepas.12 pingat sumanya.tahiniah buat bebudak.

Bolot nombor 2 dan 3 acara 200 meter.

Memandangkan pingat xboleh dimakan,sebagai upahnya,jom McDonald...

PUTRAJAYA SESAK TERUK??

Sempena pengumuman SBPA pg tu,disambut pula hujan membasahi bumi di awal pagi.jalan2 dipenuhi kenderaan yang berlainan hala tuju destinasi.