Salam..minggu ni dah last week bini aku sblm due date nk bersalin..setiap kali hp berbunyi,rasa jantung berdegup takut saat dan ketikanya dia nk keluar dah dari perut ibunya untuk mula melihat dunia.tapi,setakat hari ni,belum lagi takdirnya sampai.Harapan aku adalah doa dari kalian suma,ibubapa,adik beradik,sanak saudara serta rakan taulan yang hidup diseluruh pelosok bumi Allah yang sementara ni.Harap2 sumanya berjalan lancar.
Mengikut kata doktor,berat dia dah 3250gram bersamaan 3.25kg.Mujurlah dulu ada cikgu yang ajar matematik betapa beratnya 1kg,apatah lagi kalau 3.25kg kt dalam perut tu.Apa2 pun,semoga sumanya selamat.Amin